1Malaysia: Cabaran dan Harapan

1msia2
Assalammualaikum,

Ingin saya kongsikan kenyataan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, beliau berkata, “sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan 1 Malaysia”, ketika bercakap kepada pemberita sempena program semarak perpaduan dan patriotisme Institut Pendidikan Guru Malaysia peringkat kebangsaan di Bukit Mertajam, beliau juga berkata “Kita tidak perlu kepada sekolah yang banyak aliran, bahasa ibunda setiap kaum boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah”. Katanya lagi “sejak dari kecil rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalinkan”.

Khoo juga berkata, kebanyakan rakyat negara ini tidak tahu dan tidak memahami sejarah negara dan Perlembagaan sehingga menyebabkan mereka berfikiran secara sempit, justeru itu semua rakyat Malaysia perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka, tanpa mengira bangsa dan agama.

Ingin juga saya menambah, gagasan 1 Malaysia ini perlu difahami dan dihayati apa sebenarnya matlamat yang tersurat dan tersirat. Yang mana asasnya adalah Perpaduan kaum dan merupakan pelengkap kepada dasar-dasar sedia ada seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri kita,jestru itu agar ianya tidak disalah ertikan, 1 Malaysia ini bukan gimik dan propaganda politik Barisan Nasional atau khususnya UMNO. 1 Malaysia untuk semua….kerana ada segelintir ahli politik kita yang tidak mahu berintegrasi dan lebih suka kepada perpecahan, dan ini terbukti bagaimana negara menjadi kucar-kacir kerana adanya ahli politik yang tidak mengutamakan negara bangsa tetapi lebih kepada agenda sendiri…Cintailah Negara kita, agar kita sama-sama dapat mewariskan Malaysia yang aman dan maju kepada generasi anak, cucu dan cicit kita…InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: