Rokok oh rokok

Salam,
25102009843Hari ni berkunjung ke tamu mingguan Keningau, seronok rasanya. Selain jual-beli hasil pertanian, durian, rambutan, manggis, limau, tarap, mangga…sayuran macam-macam adaaaaa…. ada juga aktiviti lain yang berlansung seperti kempen menderma darah dan taklimat penanaman serai.

rokok1

rokok2

Dalam banyak-banyak produk ada pula terselit penjualan rokok seludup, cuma bezanya (lihat foto) rokok-rokok ni dijual secara terbuka. Peniaga-peniaga (bukan orang tempatan) rokok seludup ni nampaknya tak takut atau risau kalau-kalau ada pihak berkuasa datang menyerbu. Atau adakah mereka juga membayar cukai menjajah sebab itu tak perlu risau. Tapi itu bukannya perkara utama, perkara ini dah lama berlarutan cuma nampaknya seakan-akan begitu sukar untuk pihak berkuasa membenteras kegiatan penyeludupan dan penjualan rokok seludup ini. Sebenarnya gejala ini memudahkan para remaja kita membeli rokok (kalau di kedai remaja bawah 18 tahun tidak dibenarkan untuk membeli rokok) dan yang lebih memudaratkan lagi jumlah kerugian di pihak kerajaan. Bayangkan berapa jumlah cukai yang sepatutnya boleh diperolehi. Di pihak pengguna/ perokok pula sama-samalah kita memulaukan rokok seludup ini, pasti jika tidak ada permintaan maka lama kelamahan penjual-penjual rokok seludup ni akan ‘pupus’…

Nota: Nasib saya dah berhenti merokok hehehe….

1 Comment

  1. takidum

    iya syukur la da berenti merokok……kalo x ble la gak nyumbang kpd dana kerajaan….bkn ka cukai yg d kenakan mjd 1 pdptn kpd negara…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: