Buat Renungan Bersama…

Remaja hari ini…. sejak kebelakangan ini isu pembuangan bayi semakin menjadi-jadi.

Apa penyelesaiannya???

Sebelum ini kita sering memperkatakan permasalah seks bebas, pergaulan bebas, minum arak, penagihan dadah, bohsia, bohjan, mat rempit, sumbang mahram , rogol, pencabulan, penderaan anak-anak, keganasan rumah tangga, dan pelbagai lagi permasalahan masyarakat .

Kini kita dikejutkan pula dengan permasalahan pembuangan bayi yang semakin berleluasa sehingga melangkaui daripada norma-norma kemanusia yang tidak dapat diterima akal ianya boleh terjadi di dalam masyakat Malaysia yang terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan ajaran Islam yang menjadi pegangan .

Pelbagai saranan dan cadangan telah diutarakan oleh pelbagai pihak untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi dan menangani permasalahan ini yang jelas bertentangan nilai-nilai yang ada dalam Islam khasnya dan norma-norma kemanusiaan sejagat amnya.

Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubat. Menutup jalan maksiat itu lebih baik daripada merawat penyakit yang timbul akibat daripada gejala maksiat yang berlaku.

Firman Allah dalam Surah Al-Israa’ ayat 32

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”.

Justeru itu cara yang sewajarnya bagi menangani permasalahan di kalangan remaja adalah membenteras segala punca yang menjadi sebab kepada permasalahan ini…ibubapa, guru-guru, persekitaran, masyarakat dan institusi keluarga harus diperbetulkan demi melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni yang membawa kepada terlahirnya generasi muda yang mempunyai daya tahan yang tinggi bagi menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang di zaman yang serba canggih dan moden ini.

Bertindaklah dengan bijak…

Leave a comment