Remaja Cermin Bangsa


Golongan remaja merupakan aset negara yang paling istimewa, berharga dan bernilai, malah mereka juga merupakan tulang belakang negara dan penyambung generasi akan datang. Mereka juga bakal pernimpin agama, masyarakat dan negara.

Bagaimanapun, kebelakangan ini kita sering mendengar masalah yang sering ditimbulkan oleh golongan remaja ini sehingga terfikir adakah mereka ini yang bakal memimpin negara suatu masa nanti dan secara tidak langsung mencerminkan wajah bangsa kita.

Jika rosak remaja, rosaklah sesebuah negara sebagaimana seorang penyair Arab, Shauqey Bek pernah menyebut, “Keunggulan bangsa kerana akhlaknya, runtuh akhlak runtuhlah mereka.”

Remaja dapat kita definisikan sebagai satu kumpulan anak anak muda yang berumur antara 12 hingga21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan ´remaja´ berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. Kamus Dewan mentakrifkan remaja sebagai peringkat umur mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin.

Manakala dalam Islam tiada secara spesifik istilah remaja. Apa yang ada ialah takrif Balighl yang membezakan had umur kanak kanak dan golongan mukallaf (dewasa / berakal).

Golongan ini sentisa mempunyai perasaan ingin mencuba serta sedang menuju ke tahap matang untuk menjadi seorang dewasa, zaman remaja merupakan satu jangka waktu bagi seseorang melengkapkan diri untuk menuju ke alam kedewasaan.

Pelbagai langkah dan usaha telah dan sedang dijalankan untuk membanteras kegiatan tidak bermoral dan keruntuhan akhlak remaja ini, namun nampaknya semakin menjadi-jadi karenah mereka ini dan peratusan remaja dan pelajar kita yang terjebak dalam masalah sosial ini semakin meningkat setiap tahun.

Apa yang akan berlaku kepada generasi dan warisan yang mencerminkan bangsa kita suatu masa nanti jika remaja hari ini terus hanyut dalam keruntuhan akhlak seperti melepak, penagihan dadah, seks rambang, pembuangan bayi, jenayah juvana, lari dari rumah, kelakuan lucah, bohsia, bohjan, minum arak, berdisko, merokok, ´mat rempit´ dan lain lain.

Sering terpapar di media massa dan cetak kisah remaja yang giat membuat onar sehingga menjadi api yang membakar secara perlahan-lahan, meruntuhkan tamadun kemanusiaan dan menunjukkan memundurkan akhlak remaja negara kita. Amat sedih apabila memikirkan golongan remaja dan pelajar yang terjebak dalam aktiviti tidak bermoral ini adalah antara generasi yang bakal menerajui negara bila kita tiada kelak. Tidakkah mereka ini sedar betapa besar peranan dan tanggungjawab mereka kepada agama, bangsa dan negara?

Berdasarkan kajian yang dibuat, banyak faktor yang mengundang kepada salah laku remaja ini seperti kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak, kegagalan memberikan pendidikan agama dan moral, kegagalan memberikan keperluan semasa yang mencukupi serta kurangnya kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak.

Faktor lain adalah seperti pengaruh rakan sebaya, pengaruh dari media – contohnya, rancangan yang berunsur keganasan atau seks kerana media merupakan cara pantas remaja meniru gaya dan budaya yang ditontoni, kelemahan dalam sistem pendidikan seperti kegagalan guru menyampaikan mesej atau lokasi sekolah yang berhampiran dengan pusat beli-belah dan faktor sekeliling juga boleh mempengaruhi tingkah laku remaja seperti kelab-kelab malam, pub dan pusat karaoke yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, taman-taman rekreasi dan bunga yang menjadi tempat remaja bermadu asmara tanpa ada teguran daripada pihak yang bertanggungjawab dan hotel yang tidak menghalang remaja lelaki perempuan yang bukan muhrim menghinap di permis mereka.

Walau apa sekalipun faktornya, remaja itu sendiri harus menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka untuk menilai setiap perbuatan dan keputusan yang bakal mereka buat kerana akal ini yang membezakan manusia daripada binatang. Jangan asyik menyalahkan ibu bapa, rakan-rakan dan perkembangan semasa jika akal yang ada tidak digunakan hanya untuk perhiasan. Biarpun sehebat mana kemajuan yang dicapai semuanya tidak bererti jika akhlak remaja runtuh maka akan runtuhlah sesebuah negara.

Bagi ibu bapa/ penjaga pula kesibukan bukan penghalangan…, sebab kami ada menyediakan program-program cuti sekolah yang akan tiba…isilah cuti sekolah anak-anak remaja anda dengan perkara-perkara bermanafaat…hubungi kami….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: