Panduan Mengurangkan Tekanan Kerja

Beberapa panduan boleh kita jadikan amalan yang bertujuan mengurangkan tekanan kerja:

1) Beriadah

Aktiviti beriadah dapat mengurangkan tekanan. Badan yang sihat dan otak yang cerdas mampu membentuk peribadi yang berhemah. Segala tekanan di tempat kerja dapat dikurangkan dengan melakukan aktivi-aktivit riadah. Aktiviti riadah juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan jika kita mengamalkan aktiviti beriadah bersama keluarga.

2) Pemakanan Seimbang

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh yang demikian, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Makanan yang tidak seimbang memudaratkan kesihatan dan mudah terdedah dengan pelbagai penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis.

3) Luahan perasaan

Mereka yang menghadapi tekanan adalah digalakkan meluahkan segala perkara yang terbuku dihati. Dengan luahan perasaan ini akan dapat meredakan hati dan perasaan yang terpendam sekian lama. Luahan ketidakpuashatian pada orang lain boleh dilakukan dengan menulis atau menconteng diatas sekeping kertas, notice board atau meramas bola getah. Tindakan demikian akan dapat meredakan hati yang gundah gulana atau marah. Ada juga sesetengah mereka meluahkan perasaan dengan menangis. Menangis dengan sepuas-puas hati dapat meredakan fikiran yang kusut. Elakkan menceritakan masalah peribadi anda kepada orang ketiga sekiranya anda berada dalam keadaan tertekan. Sekiranya anda merasakan ingin meluahkan segala isi hati anda yang celaru, pastikan orang yang mendengar masalah anda merupakan orang yang boleh dipercayai dan tidak kianati diri anda.

4) Inisiatif

Setiap individu harus tanamkan sikap inisiatif dalam minda anda. Amalan ini merupakan tindakan positif jika anda berada dalam keadaan tertekan. Yakni anda tahu meletakkan situasi diri anda dalam keadaan yang sepatutnya dan berkemampuan mencari alternatif lain untuk menyelesaikan masalah anda. Jangan biarkan diri anda berada dalam satu kepompong jika anda menghadapi masalah. Sebaliknya ambil tindakan susulan dan perancangan rapi jika anda dalam delima.

5) Melayari Internet

Kaedah ini juga boleh meredakan tekanan kerja. Dengan melawat laman-laman web yang berinformasi dan laman web sosial. Cara ini merupakan tindakan positif untuk menjana minda dan bersikap peka dalam sesuatu perkara yang berkait dengan keadaan sekeliling.

6) Senaman Ringan

Lakukan senaman ringan di tempat kerja sekiranya anda ketika itu dalam keadaan tertekan. Senaman ringan seperti berjalan, lunjurkan kaki dan sebagainya dapat merehatkan minda dalam seketika.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: